Selasa, Februari 01, 2011

Public Mutual umum bonus untuk 4 dananya

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan pengagihan (dividen) untuk empat daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar dan pecahan unit yang diumumkan untuk dana-dana yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31 Januari 2011.

Public Dana Index dan Public Dana Islamic Optimal Growth telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 23.7% dan 20.19% masing-masing bagi tempoh berakhir 7 Januari 2011. Kedua-dua dana tersebut terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia
dengan menguruskan sebanyak 84 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih2,380,000 pemegang akaun dan pada 30 Disember 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM40.6 bilion.

Baca lanjut dengan memuat turun fail ini.

Tiada ulasan: