Jumaat, Jun 03, 2011

PM umum dividen 20.01% utk dana ittikal

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual telah mengumumkan pengagihan untuk sepuluh dana di bawah kendaliannya yang berjumlah lebih RM573 juta. Pengagihan kasar yang diumumkan itu adalah untuk dana-dana bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2011.

Salah satu daripada dana tersebut, Public Dana Ittikal telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 20.01 peratus berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 23 Mei 2011. Public Dana Ittikal yang dilancarkan pada tahun 1997, merupakan sebuah dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu sebanyak 22 anugerah dana dalam kategorinya termasuk Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan Anugerah Dana Islam Failaka.

Sehingga kini, Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 85 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,440,000 pemegang akaun dan pada 29 April 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM43.4 bilion.

Download siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Public Mutual di sini untuk melihat keuntungan-keuntungan 10 dana yang dimaksudkan secara lebih terperinci.

Tiada ulasan: